3.5.04

They said..

Abu Darda r.a berkata,"Saya tidak suka sehingga begini. Iaitu saya memiliki sebuah kedai diperkarangan pintu masjid yang mana setiap waktu solat saya boleh menunaikan solat secara berjemaah, saya akan sibuk dalam zikir dan amalan-amalan yang lain; sementara pada setiap hari dari pendapatan kedai tersebut saya boleh membelanjakan 1ima puluh (50) dinar sebagai sedekah". Ada orang bertanya,"Apakah salahnya?" Beliau menjawab,"Penghisaban akan menjadi panjang".

Hadrat Sufiyan rah.a berkata bahawa orang-orang miskin telah memilih tiga perkara dan orang-orang kaya pun telah memilih tiga perkara. Yang dipilih oleh orang-orang miskin ialah kerehatan diri, kelapangan hati dan perhitungan yang ringan. Orang-orang kaya pula memilih kesusahan diri, hati yang sibuk dan perhitungan yang panjang pada hari kiamat.

Hadrat Luqman a.s pernah menasihati anaknya,"Hendaklah kamu menjual duniamu dengan agama maka kamu akan beruntung didunia dan akhirat; janganlah menjual agamamu dengan dunia nanti kedua-dua dunia dan akhiratmu akan rosak".

No comments: